News_archive

Najib Tiba Di PWTC Untuk Ikuti Pilihan Raya Sarawak

By Saturday April 16th, 2011 No Comments

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pukul 8.30 malam bagi mengikuti keputusan pilihan raya negeri Sarawak.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), yang kelihatan tersenyum lebar diiringi oleh isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketibaan mereka disambut oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sumber : Bernama

Leave a Reply