News_archive

Najib Tiba Di Phnom Penh Untuk Lawatan Kerja Dua Hari Ke Kemboja

By Thursday December 2nd, 2010 No Comments

PHNOM PENH, 2 Dis (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini Rabu malam untuk memulakan lawatan kerja dua hari ke Kemboja.

Ketibaan Najib, yang diiringi oleh isteri Datin Seri Rosmah Mansor, disambut oleh Menteri Pelancongan Kemboja Dr Thong Khon di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Ketua setiausaha Kementerian Luar Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman dan Duta Malaysia ke Kemboja Datuk Pengiran Mohd Hussein Mohd Tahir Nasruddin juga hadir untuk menyambut beliau.

Najib akan menghadiri Perhimpunann Agung Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia (ICAPP) ke-6 dan menyampaikan ucaptama di Peace Palace, Pejabat Perdana Menteri Kemboja di sini Khamis pagi.

Beliau kemudian akan merasmikan Kompleks Kedutaan Malaysia berharga RM86 juta di sini sebelum mengakhiri lawatannya ke negara ini.

Perdana Menteri dijadual berlepas pulang ke tanah air pada Khamis pagi.

Sumber : Bernama

Leave a Reply