News_archive

Najib Tiba Di Perlis Untuk Lawatan Singkat

By Thursday January 26th, 2012 No Comments

KANGAR, 27 Jan (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak tiba pada Jumaat untuk lawatan singkat ke Perlis.

Ketibaan beliau pada pukul 10.15 pagi disambut Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan kepimpinan negeri serta pemimpin parti komponen Barisan Nasional.

Pasar sehari Behor Lateh yang menjadi tumpuan pengunjung setiap Jumaat dan Ahad menjadi lokasi pertama dilawati Perdana Menteri. Beliau mengunjungi gerai-gerai jualan di pasar sehari yang lebih dikenali penduduk tempatan sebagai “nat” itu dan bermesra dengan peniaga dan pengunjungnya.

Najib turut mengambil kesempatan bersarapan di sebuah gerai di pasar sehari itu, dan dihidangkan dengan laksa, roti jala, pulut udang dan serabai yang merupakan makanan popular di Perlis.

Selepas melawat pasar sehari yang dikendalikan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan B-1 MADA Kayang itu, beliau dijadual bertemu peladang seluruh Perlis di Dewan Serbaguna Simpang Empat dekat sini pada majlis tinjauan mesra rakyat.

Perdana Menteri akan menunaikan solat fardu Jumaat di Masjid Bongor Kudong, Simpang Empat sebelum mengakhiri jadual lawatannya dengan bertemu masyarakat Felda seluruh Perlis di Felda Chuping dekat sini.

Sumber : Bernama

Leave a Reply