News_archive

Najib Tiada Halangan KTAR Dinaik Taraf Kepada Status Kolej Universiti

By Sunday October 2nd, 2011 No Comments

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah atau halangan dengan cadangan MCA untuk menaik taraf Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) kepada status kolej universiti sekiranya ia memenuhi syarat yang ditetapkan.

“Atas hasrat MCA, kalau sekiranya KTAR cukup syarat untuk dinaik taraf kepada kolej universiti, saya tak ada halangan… atas semangat Barisan Nasional,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-58 di Wisma MCA, di sini, Ahad.

Terdahulu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam ucapan pembukaannya berkata parti itu sedang berurusan dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menaik taraf KTAR kepada status kolej universiti.

Beliau berkata KTAR akan terus menyumbang dalam melahirkan tenaga terlatih dan profesional untuk pembangunan negara.

KTAR adalah institusi pengajian tinggi milik MCA yang ditubuhkan pada 24 Februari 1969.

Ia mempunyai enam cawangan di seluruh negara dengan 30 ribu pelajar yang mengikuti pelbagai kursus dalam peringkat sijil dan diploma.

Sumber : mStar

Leave a Reply