Najib teruk. Najib tak buat apa-apa masa dia PM. Sekarang Najib baru mahu…

By Saturday June 26th, 2021 No Comments

Najib teruk. Najib tak buat apa-apa masa dia PM.

Sekarang Najib baru mahu cakap isu Rakyat, kata JKOM.

Rakyat didahulukan:
– BR1M diperkenalkan (sebelum itu takde benda mcm ini). Lalu jumlah kategori penerima atau nilai ditambah tiap-tiap tahun dari RM500 ke RM1,200 lalu ke RM2,000
– Bantuan sekolah diberi tiap-tiap tahun. Yuran sekolah dimansuh.
– Baucar Buku/KadS1M RM250
– lebih 1 juta komputer Netbook 1Malaysia diberi percuma
– 1Azam
– SL1M
– Klinik 1Malaysia
– Amanah Saham 1Malaysia
– ADAM50
– cukai pendapatan bagi golongan bawah RM4,000 sebulan dihapuskan. Kadar cukai LHDN dipotong dari 28% ke 24%.
– Bantuan kebajikan
– Bantuan nelayan, pekebun dan peladang dan banyak lagi
– kadar purata pertumbuhan gaji rakyat paling tinggi dalam sejarah pada masa ini. Kadar kemiskinan tegar dan nilai Gini jatuh ke paling rendah dalam sejarah.
– Indeks kebahagiaan negara (World happiness index) Malaysia naik setiap tahun ke tangga paling tinggi dalam sejarah sebelum jatuh menjunam selepas PRU14.

Perumahan:
– PPA1M
– PR1MA
– Rumah Mesra Rakyat
– Rumah mampu milik/kos rendah
– Pembangunan semula residensi dan banyak lagi

Pengangkutan awam:
– MRT 1, 2, 3
– LRT 3
– ECRL
– MyHSR High Speed Rail
– Terminal Bersepadu Selatan (TBS)
– BRT dan banyak lagi

Pembangunan:
– Menara PNB 118
– Menara TRX
– River of Life
– Rapid Pengerang
– Digital Free Trade Zone (DFTZ)
– Ribuan projek bawah Program Transformasi Ekonomi dan banyak lagi

InfraRakyat:
– Lebuhraya Pan Borneo
– Central Spine Road dan banyak lagi (tanpa tol)

Perkhidmatan awam:
– UTC
– RTC dan banyak lagi

Negara:
– Kekayaan negara naik RM1.2 trilion dari RM800 bilion ke RM2 trilion. Lalu dibelanja RM600 bilion oleh kerajaan hari ini tanpa hasil atau pencapaian yang nyata.
– negara diselamatkan dari krisis Great Global recession 2008-2010 dan krisis harga minyak dunia 2014-2016 tanpa kesannya dirasai atau disedar kebanyakan Rakyat.
– nilai pelaburan asing paling tinggi dalam sejarah dengan perhubungan diplomasi antarabangsa paling baik.
– pasaran saham Malaysia adalah pasaran bull-run paling lama dalam dunia sehingga indeks saham cecah 1,896 point iaitu paling tinggi dalam sejarah pada bulan April 2018 sebelum PRU14.
– Dividen-dividen dan Hibah tabung simpanan Rakyat setiap tahun antara paling tinggi sejak 20 tahun lalu.
– Defisit kerajaan, kebergantungan negara kepada hasil minyak dan nisbah hutang negara diturunkan 8 tahun berturut-turut.
– Aset GLC dan syarikat pelaburan mencecah beratus bilion, beri pulangan tinggi kepada rakyat dan kerajaan
– Masalah perjanjian penjana kuasa bebas (IPP) berat sebelah yang merugikan negara RM10b hingga RM15b setiap tahun diselesaikan dengan 1MDB.
– Syarikat PLUS dibeli balik sepenuhnya dari pemilik swasta, Kini, 51% bawah Khazanah dan 49% bawah KWSP.
– Nilai aset bersih Khazanah Nasional naik dari RM32 bil kepada RM116 bil sebelum dijual satu persatu oleh PH dan PN.
– Nilai bersih Petronas naik dari RM114 bilion ke RM423 bilion. Rizab tunai naik dari RM30 bilion kepada RM174 bilion
– Nilai Tabung simpanan KWAN dinaikkan dari RM4 bilion ke RM17 bilion tanpa sebarang pengeluaran masa Najib. Sekarang dikorek RM5 bilion untuk biayai sepenuhnya program vaksinasi untuk menyelamatkan negara.

Esok JKOM cucuk vaksin pun dibiayai dana dibina Najib,

Nak tuduh Najib masuk bakul angkat sendiri? Dipersilakan.

Tapi jangan fitnah Najib tak ambil tahu atau tak buat apa-apa sepanjang masa dia PM.

Segala-galanya, Najib hanya fokus kepada rakyat yang memerlukan dan masa depan negara.

Najib tidak baik untuk mereka dan kroni-kroni mereka.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157975045995952/

Leave a Reply