News_archive

Najib Terima Kunjungan Menteri Pertahanan Perancis

By Sunday February 12th, 2012 No Comments

PUTRAJAYA, 13 Feb (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Perancis, Gerard Longuet, di pejabatnya di sini.

Dalam pertemuan selama 40 minit itu, kedua-dua mereka antara lain berbincang mengenai hubungan dua hala termasuk soal politik, ekonomi dan perkembangan terkini di benua Eropah.

Longuet diiringi oleh Duta Perancis ke Malaysia, Madame Martine Dorance, Penasihat Diplomatik kepada Menteri, Madame Michele Ramis dan Pengarah Hal Ehwal Strategik, Michel Miraillet.

Selain itu, delegasi itu turut dianggotai oleh Pengarah Pembangunan Antarabangsa Direktorat Umum Peralatan Peperangan, Yves Blanc dan Pegawai Bahagian Diplomatik, Kapten Henri Schricke.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Longuet dan delegasinya tiba di Malaysia pada Sabtu lalu.

Sumber : Bernama

Leave a Reply