News_archive

Najib Temui Jentera BN Selangor Esok

By Thursday January 12th, 2012 No Comments

SHAH ALAM, 12 Jan (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual mengadakan perjumpaan tertutup dengan kepimpinan dan jentera Barisan Nasional Selangor di sini esok.

Setiausaha Kerja BN Selangor Datuk Radin Mokhtar Md Yusof berkata Najib dijadual memberikan amanat kepada 1,500 pemimpin utama parti pada majlis itu.

“Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula akan mengupas isu-isu semasa politik menerusi ucapannya pada majlis yang dianjurkan BN Selangor,” katanya kepada pemberita di Bangunan Umno Selangor di sini hari ini.

Radin Mokhtar berkata Najib akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri di sini sebelum beramah mesra dengan peniaga-peniaga di Kompleks PKNS pada 3 petang.

Sejurus selepas pertemuan itu, beliau akan bertemu dengan 2,000 penduduk Taman Rimba Jaya di Seksyen 16 di sini.

Sumber : Bernama

Leave a Reply