Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Najib Sudah Buktikan Kemampuan Tadbir Negara Dengan Baik, Kata Musa - Najib Razak
News_archive

Najib Sudah Buktikan Kemampuan Tadbir Negara Dengan Baik, Kata Musa

By Wednesday April 25th, 2012 No Comments

KUDAT, 25 April (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang baru tiga tahun mengambil alih tampuk pemerintahan negara, sudah membuktikan kemampuannya mentadbir negara ini dengan baik, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata ini terbukti dengan pelbagai program yang diperkenalkan untuk kebaikan rakyat termasuk gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dan Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA).

Selain itu, katanya kerajaan Pusat turut memperkenalkan Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M), Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) dan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia).

“Kini Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diberikan yang saya percaya turut memberikan manfaat kepada ramai rakyat di kawasan Kudat ini.

“Begitu juga dengan bantuan persekolahan RM100; baucar buku (RM200) untuk anak-anak di sekolah dan institut pengajian tinggi. Kesemua ini adalah untuk meringankan beban rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan ketua-ketua masyarkat zon Kudat, di sini Rabu.

Sumber : Bernama

Leave a Reply