Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Najib: Struktur MASwings Dikaji Semula Untuk Libatkan Kepentingan Sabah, Sarawak - Najib Razak
News_archive

Najib: Struktur MASwings Dikaji Semula Untuk Libatkan Kepentingan Sabah, Sarawak

By Saturday April 28th, 2012 No Comments

KUCHING, 28 April (Bernama) — Kerajaan akan mengkaji semula struktur MASwings, anak syarikat milik penuh Malaysia Airlines, bagi mempertimbangkan penglibatan kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Sarawak dalam pemilikan sahamnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata kajian semula struktur ini akan turut mengambilkira peningkatan produktiviti MASwings serta rangkaian perhubungannya di kedua-dua negeri itu.

“Atas permintaan kerajaan negeri Sarawak dan kerajaan negeri Sabah, struktur MASwings akan dikaji semula supaya mereka dapat memiliki sebahagian daripada (saham) MASwings,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya di sini.

MASwings mula beroperasi secara rasmi pada 1 Oktober 2007 untuk menjalankan perkhidmatan udara pedalaman (Rural Air Service or RAS) di kedua-dua buah negeri itu.

Sumber : Bernama

Leave a Reply