News_archive

Najib Sertai Pesta Pelancongan Tanglung 1Malaysia 2011

By Friday September 9th, 2011 No Comments

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai lebih 5,000 pengunjung pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelancong asing sempena sambutan Pesta Pelancongan Tanglung 1Malaysia 2011 di Pasar Seni, di sini.

Majlis anjuran Kementerian Pelancongan bersama Persatuan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pasar Budaya itu dirasmikan oleh Perdana Menteri dalam suasana meriah yang diserikan dengan pertunjukan bunga api, tarian singa dan persembahan wushu.

Pada sambutan itu, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen mengetuai perarakan tanglung dari Pasar Seni ke Jalan Petaling, turut disertai Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin serta para pengunjung yang membawa tanglung bermotifkan corak batik.

Penganjuran pesta tanglung yang masuk tahun kali ketiga ini mensasarkan kehadiran pelancong domestik dan antarabangsa seramai 40,000 orang.

Pesta tanglung dianjurkan bertujuan menjadikan perayaan kuih bulan dan perarakan tanglung di Malaysia sebagai daya tarikan baru bagi menarik lebih ramai pelancong dari luar negara khususnya dan pelancong tempatan amnya untuk mengunjungi Kuala Lumpur.

Sumber : Bernama

Leave a Reply