News_archive

Najib Serah Bendera Umno Bagi Memulakan ‘Larian Bendera’ Sempena Sambutan Ulang Tahun Umno

By Sunday April 29th, 2012 No Comments

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan bendera Umno kepada setiap wakil negeri sebagai simbolik memulakan ‘Larian Bendera’ sempena sambutan ulang tahun ke-66 parti itu.

Acara itu diadakan sebelum Najib mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Ahad malam.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini berkata larian bendera akan bermula serentak di empat zon iaitu Zon Utara, Zon Pantai Timur, Zon Selatan dan Zon Sabah pada 1 Mei dan akan berakhir di Stadium Bukit Jalil pada 11 Mei.

Zon Utara akan melalui empat negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, perak dan Selangor manakala Zon Pantai Timur akan bermula di Kelantan dan melalui Terengganu dan Pahang.

Zon Selatan pula akan bermula di Johor dan menjelajah Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

Sumber : Bernama

Leave a Reply