News_archive

Najib Sentiasa Dapatkan Pandangan Pihak Berpengalaman Dalam Sediakan Bajet

By Saturday September 17th, 2011 No Comments

NIBONG TEBAL, 17 Sept (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa mengambil kira pandangan pihak-pihak yang berpengalaman dan mempunyai idea dalam menyediakan bajet negara.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dalam menyediakan bajet, Perdana Menteri sentiasa memberi perhatian untuk memenuhi tuntutan masyarakat yang pelbagai di negara ini sama ada di bandar atau di luar bandar.

“Perdana Menteri bila sediakan bajet beliau adakan beberapa siri perbincangan dengam pihak-pihak berkepentingan, wakil-wakil persatuan industri, pertubuhan tak kira bumiputera atau bukan bumiputera,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Kenduri Rakyat Merdeka Raya di Dewan Gerakan Masyarakat Perda, Sungai Acheh di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan cuba mengenal pasti keperluan rakyat di negara ini supaya bajet itu diterima baik segenap lapisan masyarakat.

Sumber : Bernama

Leave a Reply