News_archive

Najib selamat tiba di tanah air dari Pattaya_

By Monday April 13th, 2009 No Comments

PETALING JAYA, 11 April (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selamat tiba di tanah air selepas memendekkan lawatannya ke Pattaya, Thailand, ekoran pembatalan Sidang Kemuncak Asean ke-14 serta sidang kemuncak berkaitan.

?? Pesawat yang membawa rombongan Perdana Menteri mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang kira-kira pukul 7.30 malam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Utapao.?? Najib, yang mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak itu Jumaat lepas, diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Datuk Anifah Aman dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed.

?? Ketibaan rombongan Perdana Menteri disambut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.?? Sidang kemuncak bertemakan “Bersama Berusaha Menangani Cabaran Global” dijangka menjadi peristiwa penting dalam hubungan Asean dan Rakan Dialog di samping memberi peluang kepada negara terlibat mengadakan perbincangan mengenai isu terkini serantau dan antarabangsa.?? Bagaimanapun, pada kira-kira pukul 2 petang (waktu Bangkok) hari ini, kerajaan Thailand mengisytiharkan darurat di Pattaya, selepas ribuan penunjuk perasaan anti kerajaan menyerbu tempat berlangsungnya sidang kemuncak itu sehingga menyebabkan keseluruhan persidangan terpaksa dibatalkan.

Sumber : Bernama

?

Leave a Reply