News_archive

Najib Saksikan Tanda Tangan Perjanjian Projek Minyak Luar Pesisir Terbesar Di Dunia Bernilai US$12 Bil

By Monday January 16th, 2012 No Comments

PUTRAJAYA, 16 Jan (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin menyaksikan majlis menandatangani projek memperoleh semula minyak dipertingkatkan (EOR) di luar pesisir terbesar di dunia berjumlah US$12 bilion bagi tempoh 30 tahun antara Petronas dan Shell Malaysia.

Di bawah projek kontrak perkongsian pengeluaran bagi dua projek EOR di luar pesisir di Sarawak dan Sabah itu, kedua-dua syarikat minyak itu akan membangunkan sembilan telaga minyak di Delta Baram dan empat telaga minyak di kawasan pembangunan Utara Sabah yang menggunakan EOR atau teknologi berkaitan.

Sumber : Bernama

Leave a Reply