News_archive

Najib Saksi Majlis Menandatangani DTAA Malaysia-Hong Kong

By Wednesday April 25th, 2012 No Comments

PUTRAJAYA, 25 April (Bernama) — Malaysia dan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong Republik Rakyat China Rabu memeterai perjanjian Pengelakkan Percukaian Dua Kali dan Pencegahan Pelarian Fiskal bersabit Cukai Pendapatan (DTAA Malaysia-Hong Kong).

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah memeterai untuk kerajaan Malaysia dan Setiausaha Kewangan Hong Kong John C Tsang untuk SAR.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, menyaksikan majlis itu.

Kementerian Kewangan berkata ini merupakan DTAA ke-74 yang dimuktamadkan oleh Malaysia dengan rakan dagangnya, termasuk dua perjanjian terhad dengan AS dan Argentina.

“Objektif terutamanya ialah untuk mengelak cukai berganda dengan memperuntukkan hak percukaian antara dua tempat, pengurangan geran dalam cukai pemegangan berdasarkan kepada saling memahami dan menyediakan ketentuan cukai berkaitan dengan aktiviti sempadan bersilang,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber : Bernama

Leave a Reply