News_archive

Najib Rasmi Tilawah Al-quran Peringkat Kebangsaan Di Kuching Pada Isnin

By Sunday June 12th, 2011 No Comments

KUCHING, 12 Jun (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan berada di Sarawak pada Isnin untuk merasmikan Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan ke-54 di sini.

Beliau yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, akan menyaksikan 29 qari dan qariah memperdengarkan bacaan masing-masing pada majlis itu yang bertemakan “1Malaysia 1Ummah”.

Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini, sebuah astaka berciri seni bina Maghribi ditempatkan di Kompleks Islam Sarawak di sini yang menggambarkan kepelbagaian kaum di Malaysia yang hidup bersatu padu.

“1Malaysia” diterjemah melalui warna dan corak hiasan yang mewakili pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, Dayak dan India yang memperkayakan corak budaya nasional membentuk negara Malaysia, kata Jakim.

Yang Dipertua negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dijadual menyampaikan hadiah kepada pemenang pada malam penutupan 17 Jun ini.

Johan qari dan qariah masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM15,000 selain pakej mengerjakan ibadah haji.

Sumber : Bernama

Leave a Reply