News_archive

Najib Rasmi Persidangan Menteri Pelajaran Komanwel Ke-17

By Wednesday June 3rd, 2009 No Comments

PUTRAJAYA, 4 Jun (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual merasmikan Persidangan Menteri-menteri Pelajaran Komanwel Ke-17 yang akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) selama lima hari mulai 15 Jun ini.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelajaran Datuk Kamaruzzaman Mohd Noor berkata persidangan yang melibatkan 53 negara Komanwel itu dijangka membincangkan topik mengenai cabaran dan pencapaian dalam bidang pelajaran di perinjgkat global.

Beliau berkata buat pertama kalinya, Forum Naib Canselor diperkenalkan pada persidangan itu, selain Forum Belia dan Forum Guru.

Kamaruzzaman berkata satu pameran pendidikan turut akan diadakan sempena persidangan itu.

“Masuk adalah percuma dan ia dibuka dari 9 pagi hingga 5.30 petang,” katanya.

Sumber : Bernama

Leave a Reply