News_archive

Najib Rasmi Laluan Pejalan Kaki KLCC

By Friday January 27th, 2012 No Comments

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu merasmikan laluan pejalan kaki berhawa dingin yang menghubungkan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dengan Bukit Bintang – dua pusat beli-belah dan pelancongan utama di ibu kota ini.

Laluan bertingkat itu adalah bahagian utama dari laluan pejalan kaki sepanjang 1.173km.

Perdana Menteri menandatangani plak khas berhampiran sebuah pusat beli belah terkemuka di Bukit Bintang menandakan pembukaan rasmi projek bernilai RM100 juta itu dibiayai oleh syarikat minyak gergasi Petronas di bawah program sumbangan sosialnya.

Laluan sepanjang 562 meter dan selebar lima meter merentasi kawasasn sibuk di Jalan Pinang, Jalan Perak dan Jalan Raja Chulan dengan pintu masuk bereskalator dan bertangga serta pintu keluar di lokasi strategik dan selesa.

Bahagian lainnya terdiri daripada sebuah terowong pejalan kaki dari aras concourse Pusat Konvensyen Kuala lumpur yang sekarang bersambung dengan terowong sedia ada ke kompleks beli-belah Suria KLCC.

“Dengan wujudnya rangkaian hubungan itu, orang ramai kini boleh berjalan kaki dari stesen-stesen monorel Bukit Bintang dan Raja Chulan ke stesen LRT KLCC melalui Suria KLCC dalam suasana dingin nyaman di sepanjang laluan berbumbung dan terowong,” kata kenyataan dikeluarkan di majlis itu.

Menurut kenyataan itu, projek tersebut membabitkan KLCC Holdings Sdn Bhd dan Dewan Bandaraya merupakaan sebahagidan daripada inisiatif “Rangkaian Pejalan Kaki Komprehensif” Bidang Keberhasilan Utama Negara Kuala Lumpur/Lembah Klang Lebih Besar.

Turut hadir pada majlis ringkas itu Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail.

Sumber : Bernama

Leave a Reply