Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Najib Rasmi Konvensyen SUPP Minggu Depan - Najib Razak
News_archive

Najib Rasmi Konvensyen SUPP Minggu Depan

By Friday January 7th, 2011 No Comments

KUCHING, 7 Jan (Bernama) — Konvensyen Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sini pada 16 Jan ini akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata presiden parti Tan Sri Dr George Chan Jumaat.

Beliau berkata, konvensyen yang akan dihadiri 5,000 anggota perwakilan itu, akan membincangkan pelbagai isu penting, termasuk berkaitan pendidikan dan tanah.

“Sambutan hebat daripada anggota memberi semangat baru kepada parti ini, terutama dengan kehadiran Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini, tempat konvensyen itu akan berlangsung.

Sambil menangkis dakwaan kononnya konvensyen itu diadakan sebagai persiapan menghadapi pilihan raya negeri, beliau berkata sebenarnya ia bertujuan mencerminkan semangat baru SUPP dalam memperjuangkan nasib rakyat di samping memberi motivasi kepada anggota SUPP, terutama pemimpin pelapisnya, sejajar dengan semangat 1Malaysia.

Chan, yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata SUPP perlu mengamalkan pendekatan pelbagai kaum dalam pelaksanaan dasarnya, walaupun kebanyakan anggotanya terdiri daripada penduduk bandar.

“Banyak orang menyangka SUPP adalah parti kaum Cina, walaupun kami sendiri tidak pernah mengisytiharkan demikian,” katanya sambil menjelaskan bahawa 30 peratus daripada 120,000 anggota SUPP dan empat daripada wakil rakyatnya, adalah Bumiputera.

Beliau berkata parti politik tertua di Sarawak itu memperjuangkan nasib semua rakyat Sarawak, termasuk berkaitan isu hak tanah adat pribumi.

Sumber : Bernama

Leave a Reply