News_archive

Najib Raikan Ketua Negara & Para Pegawai Pada Majlis Makan Malam

By Sunday June 19th, 2011 No Comments

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meraikan para ketua negara, kerajaan, menteri dan pegawai dari 15 negara Afrika dan Caribbean yang menghadiri Dialog Antarabangsa Langkawi 2011 (LID 2011) yang kesembilan.

Majlis makan malam itu diadakan di Royale Chulan Kuala Lumpur dan dimulakan dengan pelbagai persembahan kebudayaan.

Sebagai tuan rumah, Najib berkata majlis itu amat bermakna kerana ia memperingati ulang tahun Dialog yang ke-15, terutamanya untuk para peserta yang telah menyertainya sejak bermulanya acara itu pada tahun 1995.

“Jadi, malam ini, kita meraikan 15 tahun LID, 15 tahun sumbangan yang amat berharga ke arah keselesaan komuniti kita dan kemakmuran negara kita,” kata beliau.

Najib turut melahirkan penghargaan kepada Perkongsian Komanwel untuk Pengurusan Teknologi (CPTM) yang berpangkalan di London dan pergerakan Perkongsian Bestari atas sumbangan hebat mereka kepada LID semenjak diperkenalkan.

CPTM telah bertanggungjawab penuh bagi pembangunan rangkaian meluas menghubungkan individu, kerajaan dan sektor swasta keseluruhan benua, kata beliau.

“Selepas 15 tahun, saya percaya, telah tiba pada satu saat yang memerlukan kita membayangkan pencapaian kita yang lalu dan merancang bersama-sama untuk masa depan kita,” kata beliau.

Sementara menikmati kejayaan daripada dialog ini, pemimpin itu berkata kerajaan dan negara yang diwakili tidak seharusnya berpuas hati dalam usaha mengekalkan pencapaian dan terus berkembang.

“Tiada komoditi yang lebih baik atau lebih bernilai berbanding rakyat kita sendiri dan tema LID tahun ini, menyentuh mengenai transformasi sosio-ekonomi, terutamanya penting kerana kesan langsung dan berkekalan kepada rakyat dan kualiti hidup mereka.

“Kita telah bekerja keras hari ini dan kita perlu berusaha lebih lagi dalam hari-hari mendatang,” tambah Najib.

Sumber : Bernama

Leave a Reply