Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Najib punca Dr. Mahathir sertai semula UMNO - Najib Razak
News_archive

Najib punca Dr. Mahathir sertai semula UMNO

By Tuesday April 7th, 2009 No Comments

TAIPING 6 April – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menjelaskan, kemasukannya semula ke dalam UMNO adalah kerana percaya Datuk Seri Najib Tun Razak mampu memulih semula keadaan dalam negara dan membawa pembaharuan yang dikehendaki rakyat. “Ramai yang bertanya, mengapa saya hadir pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Pertamanya, saya rasa senang hati apabila (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) dipilih sebagai Timbalan Presiden UMNO dan saya juga ingin dengar ucapan penggulungan Najib. “Satu ayat yang menarik ialah kenyataannya apabila didesak supaya parti menguasai kerajaan, dia tidak menolak tetapi bukan saja parti perlu kuasai kerajaan, rakyat juga mesti bersama kerajaan,” katanya. Beliau berucap pada Majlis Program Merakyatkan Seni Budaya anjuran Kementerian Perpaduan, Kebudayaan,

Kesenian dan Warisan di Padang Jalan Simpang dekat sini hari ini. Penampilan sulung Dr. Mahathir selepas beliau menyertai semula UMNO, Sabtu lalu disambut ribuan rakyat jelata terdiri daripada pelbagai kaum.

Ia sekali gus memberi suntikan semangat kepada para penyokong dan jentera Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang esok.

Menurut Dr. Mahathir, kenyataan Najib mengenai parti dan rakyat sama-sama menguasai kerajaan amat penting kerana walaupun UMNO dan BN sebuah parti yang besar, ramai lagi rakyat yang tidak menjadi ahli.

Beliau berkata, golongan itu berhak menyuarakan pendapat terhadap kerajaan supaya rintihan mereka diambil berat oleh parti pemerintah.

“Inilah dia kerajaan rakyat yang sebenar,” katanya.

Katanya, beliau yakin Najib akan meneruskan pembangunan negara supaya semua kaum akan mendapat faedah daripadanya.

Justeru, Dr. Mahathir berharap mereka yang sebelum ini mengikut jejak langkahnya keluar parti agar dapat kembali semula ke pangkuan UMNO setelah beliau sendiri telah berbuat demikian.

“Tiada guna kita berkelahi sesama sendiri kerana kita tidak dapat melarikan diri daripada berlainan pendapat.

“Sebab itu kita harus mendengar rayuan daripada rakyat sama ada daripada parti politik atau mereka yang di luar parti,” katanya.

Sehubungan itu beliau berharap, ahli dan penyokong BN dapat menyelesaikan masalah yang telah berlaku sebelum ini dan seterusnya bekerja keras membangunkan negara.

“Saya pun ingin meminta maaf, manusia mana ada yang tidak membuat kesalahan, saya bukannya malaikat.

“Hari ini (dengan sambutan meriah) macam nampak tuan-tuan sudah memaafkan saya, terima kasihlah daripada kesalahan lama kita tukar kepada sesuatu yang betul,” katanya.

Sumber :Utusan Online

Leave a Reply