News_archive

Najib Pulang Daripada Lawatan Ke Afrika Selatan

By Monday January 9th, 2012 No Comments

SEPANG, 9 Jan (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pulang ke tanah air selepas menamatkan lawatan rasmi dua hari ke Afrika Selatan atas undangan Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma.

Perdana Menteri bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba dengan pesawat khas di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 2.40 petang.

Najib adalah antara 46 pemimpin negara yang berhimpun di Bloemfontein, kira-kira lima jam perjalanan dari Johannesburg, pada Ahad, bagi menyaksikan sambutan ulang tahun ke-100 parti pemerintah Afrika Selatan, Parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC).

Kehadiran Perdana Menteri pada sambutan itu melambangkan sokongan Malaysia kepada ANC yang berjuang ke arah pembebasan Afrika Selatan daripada dasar aparteid, yang dicapai pada 1994.

Turut sama menyambut kepulangan Najib di lapangan di sini ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Maysrakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Sumber : Bernama

Leave a Reply