News_archive

Najib Perdana Menteri Pertama Selesai Masalah Dokumentasi Kaum India

By Monday February 13th, 2012 No Comments

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri G. Palanivel berkata Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan Perdana Menteri pertama yang bertindak menyelesaikan masalah dokumentasi membabitkan kaum India.

Presiden MIC itu berkata Najib telah mengambil tindakan untuk menubuhkan jawatankuasa khas Kempen MyDaftar bagi menyelesaikan masalah tersebut yang dipengerusikan oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

“Ramai dari kalangan kaum India dan kaum lain yang tidak memiliki sijil kelahiran, sijil kewarganegaraan dan kad pengenalan.

“(Dengan penubuhan) Jawatankuasa ini, ia telah hampir siap menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi oleh kaum India.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, dan Datuk Seri Dr S. Subramaniam yang mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut,” katanya dalam ucapannya pada majlis penganugerahan dokumen pengenalan diri Kempen MyDaftar, di sini.

Pada majlis itu, Najib menganugerahkan dokumen pengenalan diri kepada 100 pemohon dari Selangor dan Kuala Lumpur.

Sumber : Bernama

Leave a Reply