News_archive

Najib Pengerusikan Mesyuarat Kabinet Pertama Bagi 2011

By Wednesday January 5th, 2011 No Comments

PUTRAJAYA, 5 Jan (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat kabinet pertama bagi tahun 2011 di Bangunan Perdana Putra di sini pada Rabu.

Najib yang berpakaian serba kelabu tiba di bilik mesyuarat kira-kira pukul 9.20 pagi dan memulakan mesyuarat 10 minit selepas itu.

Hampir kesemua menteri kabinet sedia menunggu di bilik mesyuarat kira-kira 45 minit sebelum Perdana Menteri tiba.

Antara yang hadir Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan serta pegawai-pegawai kerajaan yang berkaitan.

Sumber : Bernama

Leave a Reply