Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Najib Pengerusi Mesyuarat Menteri Besar Dan Ketua Menteri Ke-113 - Najib Razak
News_archive

Najib Pengerusi Mesyuarat Menteri Besar Dan Ketua Menteri Ke-113

By Tuesday October 11th, 2011 No Comments

PUTRAJAYA, 11 Okt (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-113 di Bangunan Perdana Putra di sini.

Mesyuarat itu, yang bermula pada pukul 10 pagi ini, turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Antara yang hadir adalah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu selain beberapa menteri kabinet.

Mesyuarat itu bertujuan menyelaras pentadbiran antara negeri-negeri selain membincangkan isu-isu berbangkit.

Sumber : Bernama

Leave a Reply