News_archive

Najib Mulakan Lawatan Rasmi Dua Hari Ke Sarawak

By Wednesday June 17th, 2009 No Comments

KUCHING, 17 Jun (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini hari ini bagi lawatan rasmi dua hari ke Sarawak.

Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, diberikan sambutan tradisional Sarawak sejurus selepas pesawat yang membawa mereka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 4.15 petang.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengetuai para menteri Kabinet dan orang kenamaan tempatan dalam mengalu-alukan ketibaan Najib dan Rosmah yang turut disambut ribuan rakyat, sesetengah daripada mereka mengibarkan bendera Barisan Nasional (BN).

Ini merupakan lawatan kedua Najib ke negeri ini dalam tempoh kurang seminggu. Beliau menghadiri majlis Hari Terbuka Gawai Dayak Malaysia 2009 di sini Sabtu lepas.

Sumber : Bernama

Leave a Reply