News_archive

Najib Mulakan Lawatan Dua Hari Ke Sabah

By Thursday February 16th, 2012 No Comments

SIPITANG, 16 Feb (Bernama) – Datuk Seri Najib Tun Razak tiba pada Khamis untuk lawatan dua hari ke Sabah.

Antara atur cara Perdana Menteri ialah merasmikan majlis pecah tanah projek Sabah Ammonia Urea (SAMUR) bernilai RM4.5 bilion di sini.

Beliau kemudian berlepas ke Kota Kinabalu bagi melancarkan Hari Terbuka Koridor Pembangunan Sabah – Program Koridor dan Bandar Raya Serantau.

Perdana Menteri juga dijadual mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Pada petangnya Najib akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional Sabah.

Sumber : Bernama

Leave a Reply