Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Najib Minta Masyarakat India Letak Kepercayaan Dan Harapan Pada Kerajaan - Najib Razak
News_archive

Najib Minta Masyarakat India Letak Kepercayaan Dan Harapan Pada Kerajaan

By Monday July 4th, 2011 No Comments

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata masyarakat India Malaysia perlu meletakkan kepercayaan dan harapan pada kerajaan agar perkongsian masyarakat-kerajaan dapat menghasilkan sesuatu yang positif dan konkrit ke arah membina sebuah wawasan untuk masa depan masyarakat itu.

Perdana Menteri berkata masyarakat India mestilah mewujudkan set minda yang perlu berlandaskan kepercayaan kukuh antara pemimpin dengan rakyat.

“Bila kita bercakap mengenai masa depan, kita mestilah membina sebuah wawasan yang berpaksikan pada perasaan harapan, keyakinan tentang masa depan yang lebih baik. Dengan lain perkataan, apa yang kita perlukan ialah ‘nambikei’ (‘keyakinan’ dalam bahasa Tamil).

“Untuk saya bekerja dengan anda ke arah masa depan lebih baik, saya perlukan kepercayaan anda untuk kita pastikan perasaan harapan ini sampai kepada masyarakat di mana-mana.

“Harapan adalah penting kerana ia membawa cahaya ke ceruk-ceruk kekecewaan dan memberi penjelasan kepada pemikiran yang kusut,” kata beliau.

Perdana Menteri menegaskan demikian dalam ucapannya pada pelancaran The Temple of Fine Arts (Kuil Seni Halus) dan Auditorium Shantanandin di Brickfields di sini.

Hadir sama isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam, dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Najib berkata bagi membolehkan harapan meresapi setiap segmen dalam masyarakat India, perlu ada kepercayaan luas di kalangan pemimpin politik dan masyarakat untuk membawa masa depan lebih cerah.

“Bagi membina kepercayaan ini, pemimpin kerajaan dan masyarakat dari kaum India mesti bekerjasama secara mutlak. Kita mesti melakukan beberapa kejayaan ketara bagi menandakan permulaan inisiatif bersama kita dan mewujudkan poin fokus yang rakyat dapat tunjuki dan hargai.

“Kita perlu mengiktiraf bahawa harapan untuk semua bukan wujud secara kebetulan. Ia memerlukan pemupukan berterusan dan keikhlasan dan dedikasi sepenuhnya pada mereka yang mahu memberikannya,” kata beliau.

Beliau berkata sarjana dan intelektual bersama peneraju industri dan ahli politik dari masyarakat India harus menjadi sebahagian daripada ini, iaitu tempat masyarakat India dalam Malaysia yang bertransformasi.

Najib berkata kerajaan akan terus melibatkan diri berkongsi usaha dengan Kuil Seni Halus itu dalam pelbagai inisiatifnya bagi mengangkat institusi itu ke tahap lebih tinggi.

“Dalam tempoh beberapa tahun menikmati tontonan pelbagai persembahan, saya kini menghargai ‘Temple of Fine Arts’ (TFA) ini sebagai organisasi yang berbakti kepada memaju, menyebarluas dan memperkaya seni persembahan, dengan penekanan khusus kepada tarian dan muzik klasik India.

“Memang wajar kalau dikatakan bahawa TFA ini adalah ikon bidang seni Malaysia. Orang-orang di institusi ini bekerja keras kerana mereka yakin dengan perjuangan mereka dan mereka mempunyai harapan bahawa masyarakat India, malahan semua rakyat Malaysia akan berkedudukan lebih baik hasil usaha mereka,” kata beliau.

Beliau berkata harus ada institusi lebih luas seumpamanya yang juga berdedikasi kepada segala tema yang merangkumi dan membentuk masyarakat India di negara ini.

TFA ditubuhkan pada 1981 oleh mendiang Swami Shantanand Saraswathi.

Kehadirannya kini meluas dengan kewujudan pusat-pusat di Pulau Pinang, Melaka dan Johor Baharu, dan ketika ini mempunyai 2,500 pelajar dari seluruh negara.

Sumber : Bernama

Leave a Reply