News_archive

Najib meriahkan Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo!

By Saturday May 28th, 2011 No Comments

PUTRAJAYA 28 Mei – Kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kompleks Futsal 1Malaysia hari ini untuk merasmikan Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 sempena Hari Belia Negara 2011 di sini di sambut dengan sorakan meriah oleh para peserta.

Terdahulu, sebagai simbolik perasmian kejohanan tersebut, Najib melakukan sepakan penalti ke gawang gol di Gelanggang Mokhtar Dahari.

Sebaik sahaja beliau memulakan sepakan penalti ke gawang gol, suasana bergema dengan sorakan.

Pada majlis itu juga, Perdana Menteri menyerahkan sijil Malaysia Book of Records atas pencapaian Kejohanan Futsal Terbesar kepada Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin.

najib kemudiannya ke pentas utama untuk menyempurnakan perasmian Pelancaran Himpunan Sejuta Belia 2011 dan Penyampaian Anugerah Belia Negara.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Timbalan, Datuk Ahmad Maslan.

Sumber : Utusan Malaysia

Leave a Reply