News_archive

Najib Menteri Kewangan, Ahmad Husni Menteri Kewangan II

By Thursday April 9th, 2009 No Comments

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan portfolionya sebagai Menteri Kewangan.

Ketika mengumumkan barisan kabinet baru di Putrajaya hari ini, Najib turut menamakan bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah sebagai Menteri Kewangan Kedua yang baru.

Ahmad Husni, yang merupakan ahli Perlimen Tambun, menggantikan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang kini dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan bertanggung jawab terhadap Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri buat kali pertama pada 20 Mac, 2004 dan di tempatkan di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sehingga Februari 2006.

Ahmad Husni, 57, lulusan Universiti Malaya menyertai sektor awam pada tahun 1984 sebagai Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (PKENP).

Kementerian Kewangan turut mendapat Timbalan Menteri yang baru, iaitu Datuk Chor Chee Heung dan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Mereka menggantikan Datuk Kong Cho Ha dan Ahmad Husni yang menjadi Timbalan Menteri di kementerian itu sejak Mac 2008.

Sumber : Bernama

Leave a Reply