News_archive

Najib Melakukan Lawatan Kerja Dua Hari Ke Kemboja

By Tuesday November 30th, 2010 No Comments

PHNOM PENH, 30 Nov (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lawatan kerja dua hari ke Kemboja mulai Rabu.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dijangka tiba di ibu negara ini pada kira-kira pukul 10 malam (11 malam waktu Malaysia) Rabu.

Perdana Menteri yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) akan menghadiri Persidangan Parti-parti Politik Asia Antarabangsa (ICAPP), satu forum parti-parti pemerintah, pembangkang dan bebas negara-negara Asia-Oceania.

Najib dijadual menyampaikan ucaptama pada persidangan itu yang memasuki siri keenam sejak ia diwujudkan pada 2000.

Beliau juga dijadual merasmikan Kompleks Kedutaaan Malaysia di sini sebelum berlepas pulang ke tanah air.

Sumber : Bernama

Leave a Reply