News_archive

Najib Mahu Umat Islam Bersatu Bagi Jamin Kekuatan Berterusan

By Thursday January 26th, 2012 No Comments

KANGAR, 27 Jan (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu umat Islam terus bersatu bagi menjamin kekuatan yang berterusan untuk menghadapi cabaran yang mendatang.

Menurutnya, perbalahan sesama sendiri menjadi punca kelemahan umat Islam yang akhirnya mencatat beberapa peristiwa sedih dalam sejarah ketamadunan Islam.

Sambil memberi contoh Masjidil Aqsa yang jatuh dalam tangan bukan Islam, Najib berkata keadaan itu berlaku kerana umat Islam tidak bersatu.

Ketika berucap selepas menunaikan solat fardu Jumaat di Masjid Al Maamor, Bongor Kudong dekat sini, hari ini, Najib berharap peristiwa yang merugikan umat Islam menjadi iktibar kepada rakyat negara ini supaya terus bersatu dan mentaati pemerintah.

Perdana Menteri juga berkata, keraajaan sentiasa berusaha untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela melalui pelbagai program yang dilaksanakan.

“Kita bukan kerajaan slogan tapi kita buktikannya dengan kejayaan (melaksanakan program) hasil sokongan padu rakyat,” katanya.

Beliau juga berjanji akan mempertimbangkan sejumlah peruntukan bagi menaik taraf masjid Al Maamor itu berikutan permohonan spontan daripada pengurusan masjid berkenaan.

Sebelum itu, ketibaan Perdana Menteri yang diiringi Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perlis Jafperi Othman ke masjid itu disambut para pegawai masjid.

Selepas solat Jumaat yang diimamkan oleh Mufti Perlis Dr Juanda Jaya, Najib turut menikmati kenduri kampung di perkarangan masjid bersama para jemaah masjid itu.

Sumber : Bernama

Leave a Reply