News_archive

Najib Lawat Melaka Esok

By Wednesday February 22nd, 2012 No Comments

MELAKA, 23 Feb (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan sehari ke Melaka esok.

Perdana Menteri dijadual menghadiri program penyerahan surat tawaran Program Perumahan Rakyat (PPR) Batu Berendam di Sungai Putat di sini pada 11 pagi.

Beliau kemudian akan menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Shahidin di Kampung Pulau Sebang, Alor Gajah, sebelum menghadiri program perasmian Taman Seri Manggis di Machap Umboo.

Najib juga dijadual merasmikan Rumah Mesra Rakyat, sebuah projek Syarikat Perumahan Negara Berhad, di Kampung Padang Kerbau, Durian Tunggal.

Beliau kemudian dijadual melakukan tinjauan mesra di Jalan Temenggong, Jalan Bunga Raya dan Jalan Kee Ann di sini pada 5 petang.

Pada sebelah malam, Perdana Menteri akan menghadiri majlis makan malam bersama rakyat di Taman Malim Jaya yang dijangka dihadiri 10,000 orang.

Sumber : Bernama

Leave a Reply