News_archive

Najib Lawat Mangsa Banjir Hulu Langat Dan Ampang Esok, Kata Zin

By Friday March 23rd, 2012 No Comments

SHAH ALAM, 24 Mac (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan bantuan kepada kira-kira 4,000 mangsa banjir dari kawasan Hulu Langat dan Ampang esok.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed dalam kenyataan hari ini berkata penyampaian bantuan itu bermula pukul 11 pagi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua di Hulu Langat.

Beliau berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN), Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional (JPNIN) turut memberi sumbangan kepada mangsa banjir.

“Selain wang tunai, mangsa banjir akan juga diberi peralatan dapur, pakaian sekolah, tilam, barangan makanan dan sebagainya,” kata Mohd Zin.

Beliau berkata bantuan itu juga mendapat sokongan badan bukan kerajaan dan syarikat korporat termasuk Kelab Putra 1Malaysia, Yayasan Kelana Ehsan, Pasaraya Tesco dan Mydin.

Sumber : Bernama

Leave a Reply