Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Najib Lawat Indonesia Bermula Hari Ini - Najib Razak
News_archive

Najib Lawat Indonesia Bermula Hari Ini

By Wednesday April 22nd, 2009 No Comments

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak akan melawat Indonesia selama dua hari bermula Rabu.

Perdana Menteri dijadual mengadakan perbincangan berasingan dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Naib Presiden Jusuf Kalla selain menemui Pengerusi Majlis Pemesyuaratan Rakyat dan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat, demikian menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini.

Lawatan itu akan membolehkan pemimpin kedua-dua negara memperkukuhkan hubungan silaturahim selain meingkatkan hubungan dan kerjasama dua hala dalam bidang seperti perdagangan, pelaburan, pendidikan dan pembangunan infrastruktur.

Najib akan diiringi Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri Luar Datuk Anifah Aman serta beberapa menteri lain.

— BERNAMA

Sumber : Bernama

Leave a Reply