News_archive

Najib Lancar Kelab Berbasikal Terengganu

By Friday February 3rd, 2012 No Comments

KUALA TERENGGANU, 3 Feb (Bernama) — Kesibukan lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sehari ke Terengganu, tidak menghalang beliau meluangkan sedikit masa untuk melancarkan Kelab Berbasikal Terengganu di sini, petang Jumaat.

Selepas pelancaran itu, Najib diiringi Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berbasikal sejauh satu kilometer bermula di Jalan Sultan Zainal Abidin ke Dataran Shahbandar bersama kira-kira 1,000 anggota kelab itu serta orang perseorangan.

Semasa di Dataran Shahbandar, Najib turut beramah mesra dengan penjual pasar malam di situ.

Perdana Menteri juga sempat berbelanja di warung-warung yang ada di pasar malam berkenaan serta bersalaman dengan penjual dan orang ramai di situ hampir setengah jam.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata, pelancaran kelab itu oleh Perdana Menteri sudah tentu akan menjadi inspirasi kepada rakyat Terengganu untuk lebih melibatkan diri dalam sukan itu.

Sumber : Bernama

Leave a Reply