News_archive

Najib Lakukan Lawatan Kerja Sehari Ke Kelantan Jumaat Ini

By Tuesday February 28th, 2012 No Comments

KOTA BAHARU, 28 Feb (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lawatan kerja sehari ke Kelantan pada Jumaat ini.

Perdana Menteri akan memulakan lawatan kerjanya dengan menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Tentera dan keluarga Rejimen Sempadan 2 di Batu Melintang, Jeli.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Perdana Menteri kemudiannya akan menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Jeli.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, akan mengiringi lawatan Perdana Menteri itu.

Sumber : Bernama

Leave a Reply