News_archive

Najib Ketuai Rombongan 11 Orang Kunjungi Presiden Laos

By Wednesday November 24th, 2010 No Comments

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu mengetuai rombongan 11 orang mengunjungi Presiden Laos Choummaly Sayasone yang berada di sini untuk lawatan tiga hari.

Rombongan itu termasuk Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Pertemuan berlangsung selama satu jam.

Sayasone, yang diiringi isteri Keosaychay Sayasone serta Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Dr Thongloun Sisoulith serta beberapa menteri lain, adalah dalam rangka lawatan negara pertamanya ke Malaysia.

Sumber : Bernama

Leave a Reply