Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
najib Ketuai Delegasi Malaysia Ke Sidang Kemuncak Asean Ke-14 - Najib Razak
News_archive

najib Ketuai Delegasi Malaysia Ke Sidang Kemuncak Asean Ke-14

By Thursday April 9th, 2009 No Comments

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Asean ke-14 dan sidang kemuncak yang berkaitan di Pattaya, Thailand, Jumaat ini.

Sidang kemuncak ini yang bertemakan “Bersama Berusaha Menangani Cabaran Global” dijangka menjadi peristiwa penting dalam hubungan Asean dan Rakan Dialog di samping memberi peluang kepada negara terlibat mengadakan perbincangan mengenai isu terkini serantau dan antarabangsa.

Menurut kenyataan Kementerian Luar di sini hari ini, sidang kemuncak yang berkaitan meliputi Asean Campur Satu, Asean Campur Tiga dan Sidang Kemuncak Asia Timur.

Yang turut sama pada sidang kemuncak ini ialah Australia, China, Jepun, New Zealand dan Korea Selatan.

Turut mengiringi Perdana Menteri ke sidang kemuncak itu yang berakhir Ahad ini ialah isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pegawai-pegawai kanan daripada beberapa kementerian.

Kementerian Luar itu juga menyatakan bahawa Ketua-Ketua Negara Asean akan mengeluarkan empat kenyataan pada sidang kemuncak ini:-

i. Kerjasama Asean Campur Tiga terhadap Jaminan Makanan dan Perkembangan Tenaga Bio;

ii. Sidang Kemuncak Asia Timur mengenai Pengurusan Bencana;

iii. Kenyataan Bersama Sidang Kemuncak Ke-4 Asia Timur mengenai Krisis Ekonomi dan Kewangan Global; dan

iv. Kenyataan Bersama Asean Campur Tiga mengenai Kerjasama Menangani Krisis Ekonomi dan Kewangan Global.

Perdana Menteri juga dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan sejawatnya termasuk dari Australia, Brunei, Kemboja, China, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Thailand.

Pada Sidang Kemuncak Asean ke-14 yang berlangsung selama empat hari di Cha-am Hua Hin pada 26 Feb lepas, Ketua-Ketua Negara Asean telah bersetuju agar tiga Majlis Komuniti Asean memulakan tugas masing-masing dengan segera bagi memastikan Piagam Asean dapat dilaksanakan.

Sehubungan itu, Mesyuarat Pertama Majlis Komuniti Politik-Keselamatan Asean bagi membincangkan perkembangan terkini badan-badan sektoral di bawah bidang kuasa majlis berkenaan serta pelaksanaan Rangka Kerja Komuniti Politik-Keselamatan Asean akan diadakan Jumaat ini.

Delegasi negara ke mesyuarat ini akan diketuai oleh Rais.

Pada sidang kemuncak ini juga Menteri Luar Asean akan menandatangani satu Memorandum Persefahaman Mengenai Penubuhan Pusat Asean-China yang akan beroperasi di Beijing, China.

Pusat itu akan bertindak sebagai penggalak perdagangan, pelaburan dan pelancongan antara Asean dan China.

Ia juga dijangka dapat meningkatkan kesedaran mengenai Asean di China dan hubungan antara masyarakat China dan Asean menerusi program pertukaran budaya, tambah kenyataan ini.

Sumber : Bernama

Leave a Reply