News_archive

Najib Jumpa Pemimpin Parti Komponen BN

By Wednesday November 16th, 2011 No Comments

PUTRAJAYA, 16 Nov (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menemui pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN), yang dipercayai ada kaitan dengan persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Pertemuan kira-kira dua jam di kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana di sini, dipercayai adalah antara siri pertemuan yang diadakan parti itu, ketika pelbagai pihak terutama pembangkang menguar-uarkan PRU ke-13, bakal diadakan dalam tempoh terdekat.

Antara pemimpin yang kelihatan memasuki kediaman rasmi Perdana Menteri ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek; Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M.Kayveas.

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk V.K. Liew; Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr James Jemut Masing; Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sumber : Bernama

Leave a Reply