Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Najib Jumpa Lebih 200 Rakan Facebook Pulau Pinang - Najib Razak
News_archive

Najib Jumpa Lebih 200 Rakan Facebook Pulau Pinang

By Saturday April 2nd, 2011 No Comments

GEORGE TOWN, 2 April (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakan facebooknya di Pulau Pinang, khususnya golongan muda supaya memberikan sokongan dan kepercayaan kepada beliau sebagai Perdana Menteri untuk membawa masa depan yang lebih baik kepada negara.

Bercakap kepada 200 rakan facebooknya pada sesi ‘Mari Berjumpa Mari Berhubung’ di sini Sabtu, Perdana Menteri berkata semua rakyat Malaysia harus berganding bahu untuk menyokong Pelan Tranformasi negara bagi mencapai matlamat sebagai negara maju.

“Kerajaan sekarang mungkin tidak sempurna tetapi kami cuba sedaya mungkin, untuk menjadi kerajaan dan tadbir urus yang lebih baik agar rakyat lebih yakin bahawa ia berada di sini untuk melindungi kepentingan setiap rakyat negara ini,” katanya.

Najib turut meminta rakan dalam taliannya supaya bekerjasama dengannya dalam mengharungi perjalanan yang akan membawa Malaysia ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.

Beliau berkata sesi perjumpaan itu adalah kali kelima beliau menemui rakan facebooknya secara peribadi selepas dua kali di Putrajaya, sekali di Kuching, Sarawak dan akhir Mac lepas di Kluang, Johor.

“Sebagai pemimpin saya perlu mengetahui perkembangan terkini dan jaringan sosial merupakan salah satu alat untuk berkomunikasi secara berkesan dengan rakyat,” katanya.

Beliau menyifatkan perjumpaan hari ini sebagai satu daripada cara untuk berhubung dengan rakyat melalui cara baru dan inovatif sejak mengambil alih kepimpinan kerajaan.

“Tidak sama dengan generasi yang sebelum ini, generasi kini yang dikenali sebagai generasi “Y” ini amat aktif online dan pengguna laman sosial seperti facebook dan tweeter sangat tinggi.

“Sekiranya pemimpin tidak menggunakan kaedah ini untuk menyebarkan maklumat, pasti akan ada ramai daripada kamu (rakan onlinenya) tidak dapat tahu apa yang telah dilakukan oleh kerajaan,” katanya.

Terdahulu itu, Perdana Menteri yang dalam lawatan kerja seharinya ke negeri ini mengadakan dialog dengan gabungan pemandu teksi negeri sebelum menemui rakyat dari pelbagai lapisan semasa tinjauan mesra di Taman Tun Sardon, Jelutong, Padang Tembak, Kampung Melayu di sini.

Sumber : Bernama

Leave a Reply