News_archive

Najib Jemput Peminat Bola Sepak Tonton Perlawanan Ahad Ini Di Seri Perdana

By Wednesday October 19th, 2011 No Comments

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu mengajak para peminat bola sepak untuk menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Manchester United dengan Manchester City di kediamannya di Seri Perdana, Putrajaya, pada pukul 8 malam Ahad ini.

Najib dalam laman webnya www.1malaysia.com.my berkata mereka yang berminat bolehlah mendaftar di http://bit.ly/rmH8tz untuk berpeluang menghadirkan diri bersama seorang teman.

Beliau yang merupakan penyokong kuat Manchester United, berkata pendaftaran dibuka sehingga pukul 5 petang esok.

“Setelah menghadiri beberapa sesi menonton bola sepak beramai-ramai termasuk di sepanjang Jalan Bukit Bintang dan bersama belia di Putrajaya, saya memutuskan untuk menganjurkan satu sesi yang serupa malam Ahad ini, 23 Okt.

“Inilah masanya untuk saya ‘lepak’ bersama rakan-rakan Facebook dan Twitter,” katanya.

Sumber : Bernama

Leave a Reply