News_archive

Najib Jemput Orang Ramai Lawat Seri Perdana

By Tuesday March 1st, 2011 No Comments

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membuat jemputan terbuka kepada orang ramai untuk melawat Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya.

Najib mewar-warkan jemputan itu melalui laman Twitter dan Facebooknya.

Dalam mesejnya Najib menulis: “Jika anda berada di Putrajaya, jemputlah datang ke Seri Perdana & melawat kediaman rasmi saya”.

Maklumat lanjut mengenai Seri Perdana boleh diakses menerusi laman web www.seriperdana.gov.my Dibina pada 1997, Kompleks Seri Perdana di Persiaran Seri Perdana, Presint 10 Putrajaya, juga merupakan tempat menyambut serta meraikan majlis-majlis bersama Ketua-ketua negara, Ketua-ketua Kerajaan, dan Pembesar-pembesar negeri.

Selaras dengan prinsip Seri Perdana sebagai kepunyaan rakyat, bahagian-bahagian tertentu Seri Perdana iaitu Blok Protokol dan Blok Bankuet dibuka kepada orang ramai.

Seri Perdana dibuka untuk lawatan berpandu (guided tour) setiap Isnin hingga Khamis dari pukul 9 pagi sehingga 3 petang, tetapi permohonan perlu dihantar selewat-lewatnya tujuh hari sebelum tarikh lawatan.

Manakala setiap Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan am pelawat boleh mengunjungi kediaman itu secara walk-in.

Kediaman itu ditutup setiap Jumaat untuk penyelenggaraan.

Jemputan personal Perdana Menteri melalui laman Twitter dan Facebook itu mendapat sambutan menggalakkan.

Kira-kira 200 pengikut laman Facebook beliau mengalu-alukan jemputan lawatan berkenaan.

Sumber : Bernama

Leave a Reply