News_archive

Najib, isteri hadir majlis Aidilfitri JPM

By Wednesday September 21st, 2011 No Comments

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor meluangkan masa menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM), di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, beberapa menteri dan timbalan menteri Kabinet, termasuk Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Majlis dihadiri kira-kira 4,000 warga JPM pelbagai agensi itu dimeriahkan dengan aneka juadah dari 14 negeri di seluruh negara melalui konsep gerai.

Pada majlis itu, Najib turut melawat gerai makanan berkenaan dan meninjau dari dekat keunikan menu yang disajikan, sebelum menyampaikan hadiah kepada tiga gerai terbaik dari Pahang, Sarawak dan Terengganu.

Beliau juga mengambil kesempatan menyampaikan cendera hati kepada anak warga JPM yang mencatat keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2010.

Sumber : myMetro

Leave a Reply