News_archive

Najib Ingin Berhubung Dengan Sebanyak Mungkin Rakan Online

By Rabu Disember 15th, 2010 No Comments

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata disebabkan tugas yang membawanya ke merata-rata tempat di tanah air, beliau ingin sekali berhubung dan berjumpa secara peribadi dengan sebanyak mungkin rakan onlinenya, berhampiran dengan tempat tinggal mereka.

Perdana Menteri berkata beliau amat menanti-nantikan lebih banyak interaksi yang penuh bermakna dengan mereka semua sama ada secara online atau secara peribadi.

“Sekiranya anda ingin bertemu saya semasa lawatan saya ke kawasan anda, sila kemukakan maklumat anda di dalam borang di sini (dalam laman blog 1Malaysia).”

“Mulai tahun depan, bila sudah pasti saya akan mengunjungi negeri atau daerah anda, pejabat saya akan menghubungi anda dengan maklumat lanjut tentang pertemuan eksklusif kita,” katanya dalam laman blog 1Malaysia.

Najib berkata semasa bercuti sakit, beliau sedikit lapang untuk memikirkan pertambahan bilangan rakan-rakan onlinenya, terutamanya dalam Facebook, dan interaksi beliau dengan mereka.

Perdana Menteri berkata beliau berkesempatan menemui beratus-ratus orang yang telah melakukan perjalanan dari seluruh negara untuk bertemu beliau di majlis Minum Petang 1Malaysia Mac lalu.

Bagaimanapun, bilangan ini masih kecil berbanding lebih kurang 500,000 rakyat Malaysia yang berada di seluruh pelosok tanah air yang berhubungan secara online dengan beliau.

“Sungguhpun, majlis minum petang dan makan malam ini mengizinkan saya berhubung dengan sebahagian daripada anda secara langsung, namun saya amat memahami bahawa untuk melakukan perjalanan ke Putrajaya banyak cabarannya disebabkan oleh pelbagai pertimbangan.

Selepas memikir-mikirkannya, inilah masa yang dapat saya rancangkan untuk menyelesaikan isu ini,” katanya.

Sumber : Bernama

Leave a Reply