News_archive

Najib Harap MBSA Segera Keputusan CF Apartmen Alam Prima

By Thursday January 26th, 2012 No Comments

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak berharap Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menyegerakan keputusan mengenai pengeluaran sijil layak menduduki (CF) bagi projek apartmen Alam Prima di Shah Alam.

“Projek Alam Prima sudah siap, hanya menunggu CF drp (daripada) MBSA…Minta MBSA menyegerakan keputusan,” kata Perdana Menteri menerusi mesej Twitter beliau pada Jumaat.

Beliau menjawab soalan seorang pengikut twitternya ‘@Rosmanhashimi’ yang bertanya mengenai status terkini projek di bawah selenggaraan Syarikat Perumahan Negara Berhad itu yang lewat diserahkan kepada pemilik selama dua tahun.

Apartmen Alam Prima itu ialah projek Rumah Mampu Milik di Seksyen 22, Shah Alam, membabitkan pembinaan 444 unit apartmen kos sederhana. Ia mula dibangunkan oleh SPNB pada 6 Ogos 2007.

Sumber : Bernama

Leave a Reply