News_archive

Najib Harap Masyarakat India Akan Terus Maju

By Thursday April 26th, 2012 No Comments

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis berharap untuk melihat status dan kebajikan masyarakat India di negara ini terus meningkat dalam tempoh lima tahun akan datang.

Perdana Menteri berkata beliau juga mahu melihat masyarakat India disepadukan sepenuhnya dalam arus perdana pembangunan ekonomi negara.

“Saya berharap dalam tempoh lima tahun (akan datang), kita akan melihat peningkatan di kalangan kaum India,” katanya semasa ditemu bual deejay, Aanantha dan Uthaya dalam ‘Breakfast Show’ mereka yang dinamakan “Kalakal Kaalai”, melalui radio THR Raaga.

“Seperti yang anda tahu, sasaran kita ialah bagi menggandakan tahap pendapatan menjelang 20202, pada asasnya kira-kira US$15,000 perkapita,” Najib memberitahu para pendengar.

“Kami menyasarkan yang lebih baik dan lebih baik, dan kami akan tunaikan apa yang telah kami dijanjikan.

Menjawab satu soalan daripada seorang pendengar, Najib berkata kerajaan telah mencapai banyak kemajuan untuk masyarakat India sepanjang dua tahun lepas dan merupakan satu pengiktirafan yang lebih besar dan kesedaran tentang masalah masyarakat India.

Beliau berkata pendekatan-pendekatan baru diambil dalam mengiktiraf dan menangani masalah-masalah itu dan ia dimulakan semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan mempengerusikan Jawatankuasa Kabinet berhubung Hal Ehwal Masyarakat India.

“Beberapa perkara yang dilaksanakan termasuk peruntukan bagi sekolah-sekolah Tamil, di mana ia merupakan (peruntukan) terbesar dalam sejarah kita.

“Sebagai contoh, keputusan terbaru, (menyediakan) 1,000 tempat tambahan dalam kolej-kolej matrikulasi kita bermula tahun ini. Sebelum ini, ia hanya 500,” katanya.

Najib berkata perkara ini adalah sangat ketara kerana peratusan kaum India memasuki universiti-universiti agak rendah dan beliau berharap ia akan sampai kepada satu tahap yang boleh diterima.

“Saya juga mengumumkan bahawa 100 pelajar terbaik kaum India akan diberikan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat sarjana dan Phd,” katanya.

Sumber : Bernama

Leave a Reply