News_archive

Najib Hadiri Majlis Persandingan Taib Dan Ragad

By Sunday January 16th, 2011 No Comments

KUCHING, 16 Jan (Bernama) — Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, 74, dan pasangannya Puan Sri Ragad Waleed Al-Kurdi, 31, yang bernikah bulan lepas diraikan pada satu majlis persandingan di Kompleks Dewan Undangan Negeri, Petra Jaya di sini Sabtu malam.

Majlis itu dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa Menteri Kabinet Persekutuan dan negeri.

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri, Toh Puan Norkiah menjadi tetamu kehormat majlis berkenaan.

Ragad, dari Syria, merupakan anak bongsu pasangan Waleed dan Khayam Al-Kurdi dan mempunyai dua abang serta seorang kakak.

Sumber : Bernama

Leave a Reply