News_archive

Najib Hadiri Majlis Penyerahan Anugerah CEO Malaysia 2010

By Monday January 10th, 2011 No Comments

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadiri majlis penyerahan anugerah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia 2010 Khamis ini.

Dalam satu kenyataan di sini Isnin, American Express (Amex) berkata acara itu, dengan tema, ‘Menyahut Cabaran’, adalah hasil satu proses yang panjang, daripada pencalonan hinggalah pemilihan yang ketat oleh para juri.

“Pencalonan 2010 menyaksikan peningkatan menggalakkan dan persaingan yang semakin sengit dikalangan korporat utama di Malaysia,” katanya.

Amex berkata anugerah itu tahun lepas menyaksikan buat kali pertama seorang pemenang wanita semenjak ia dimulakan pada 1994.

“Menyertai senarai CEO unggul negara tahun-tahun lepas, pengarah urusan KPJ Healthcare Bhd Datin Paduka Siti Sa’adiah Sheikh Bakir, menerima anugerah itu dari perdana menteri pada edisi 2009,” katanya.

Acara tahunan itu dianjurkan bersama oleh Business Times, Malayan Banking Bhd dan Amex.

Lain-lain penganjur adalah WOOHING dan Tiffany & Co.

Sumber : Bernama

Leave a Reply