News_archive

Najib Hadiri Konsert Suara Kami

By Saturday September 17th, 2011 No Comments

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bergambar) — Dalam kesibukannya menghadiri pelbagai acara hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempat meluangkan masa untuk menyaksikan Konsert Suara Kami anjuran Astro di Stadium Merdeka di sini Sabtu.

Ketibaan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor ke konsert itu mendapat sambutan hangat daripada para penonton yang tidak menyangka pemimpin nombor satu negara itu sudi untuk bersama-sama mereka menyaksikan acara hiburan berkenaan.

Najib, dalam laman Facebook dan Twitternya, berkata beliau menghadiri konsert itu untuk bersama-sama generasi muda Malaysia.

Najib turut memuat naik beberapa keping gambar suasana konsert itu dalam Facebook dan Twitter beliau.

Konsert Suara Kami diadakan sempena ulang tahun Astro ke-15 dan sambutan Hari Malaysia.

Sumber : Bernama

Leave a Reply